Mendung

27°C

Penang

Mendung
Ahad
Thunderstorms
25°C / 29°C
Isnin
Thunderstorms
26°C / 31°C
Selasa
Thunderstorms
26°C / 31°C

Ahli Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah

  • Y.Bhg. Dato’ Seri Mohd Hussaini b. Hj Abdul Jamil (Pengerusi)
  • Y.Bhg. Dato’ Ir Zaini Haji Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif)
  • Dato’ Ir. Sonny Cheah Lai Shin
  • Encik Nazli b. Awang Had

Ringkasan C.V Lembaga Pengarah disenaraikan di bawah untuk rujukan:

Dato’ Seri Mohd Hussaini Hj Abdul Jamil [Pengerusi]

  • Dato’ Seri Mohd Hussaini telah berkhidmat dengan cemerlang dalam perkhidmatan awam (Perkhidmatan Tadbir & Diplomat) selama 31 tahun bermula pada 1961, diantaranya 20 tahun bertugas di Kementerian Kewangan sehingga jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan selama 8 tahun. Beliau bersara pada 1991 sewaktu memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau seorang yang berhemat dan mempunyai objektif yang jelas dimana pencapaian beliau meliputi pelbagai pekara. Semasa beliau dalam kerajaan, beliau berjaya memulihkan Syarikat Gula Padang Terap dengan kerugian terkumpul RM85 juta dalam 5 tahun. Beliau juga memulihkan  syarikat pelaburan Kuwait Malaysia Sdn. Bhd., dengan kerugian terkumpul berjumlah RM35 juta dalam 1½ tahun.

    Selepas bersara dari perkhidmatan awam,beliau melibatkan diri dalam sector swasta dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah untuk beberapa syarikat antaranya ialah Inter Majestic Sdn Bhd dan Renown Consult Sdn Bhd.  Beliau juga adalah Pengerusi di Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB)

    Selain daripada menguruskan Syarikat, beliau sentiasa tegas dan serius mengenai perkara-perkara kewangan kerana pengalaman luas beliau dalam bidang yang berkaitan .

 

Dato’ Ir Zaini Haji Ismail [Ketua Pegawai Eksekutif]

  • Dato' Ir Zaini bin Haji Ismail adalah seorang jurutera profesional untuk tempoh 35 tahun yang lepas dengan kelulusan Ijazah dalam Kejuruteraan Awam dan Struktur dari University Sheffield, England. Beliau juga adalah seorang 'adjudicator' yang berdaftar dengan KLRCA. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknikal dan pengurusan dan telah berkhidmat dengan kerajaan di Jabatan Kerja Raya selama 12 tahun sebelum menceburi sektor swasta. Pengalaman beliau di Jabatan Kerja Raya merangkumi Kejuruteraan Geoteknik, Reka bentuk, bangunan, jalan raya dan peringkat pengurusan di Jabatan Kerja Raya Daerah Pulau Pinang serta perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan jalan-jalan di Johor. Beliau merupakan salah seorang perintis dalam meluaskan skop dan tanggungjawab bahagian geoteknikal dan bahan di IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia).

    Berkhidmat di dalam sektor swasta bermula dengan Percon Corporation Sdn. Bhd. sebagai Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan. Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar (Perkhidmatan Teknikal) dan akhirnya sebagai Pengurus Besar, Prolintas Sdn. Bhd., sebuah syarikat konsesi yang membangunkan lebuh raya bertingkat dari Ampang - Kuala Lumpur yang bernilai RM700m mengikut konsep B.O.T. Beliau memainkan peranan penting dalam idea dan konsep bagi menghasilkan projek ini berdaya maju. Beliau turut aktif terlibat dalam perancangan, idea, tender, rundingan dengan kerajaan dan melaksanakan projek penswastaan Lebuhraya Shah Alam sebagai salah satu ahli pasukan KESAS Sdn. Bhd. Dengan berlatarbelakangkan kejuruteraan dan pengurusan, beliau mempunyai kedudukan yang baik sebagai teknorat untuk memajukan Syarikat.

 

Dato’ Ir. Sonny Cheah Lai Shin

  • Dato' Sonny Cheah adalah seorang jurutera awam, berkelulusan Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan) dari University of London, Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan) dari Imperial College of Science and Technology, University of London dan Sarjana Muda (Undang-undang) dari Ealing College, UK

    Dato' Sonny Cheah memulakan kerjayanya di beberapa firma pembinaan di United Kingdom sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 1980. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam kerja-kerja kejuruteraan awam, termasuklah reka bentuk dan pelaksanaan beberapa projek kejuruteraan awam yang besar dan kompleks, baik di United Kingdom dan Malaysia.

    Bagaimanapun apabila pulang dari United Kingdom, Dato' Sonny Cheah berkhidmat sebagai Jurutera Kanan di Jabatan Kerja Raya (JKR) diikuti dengan berkhidmat seketika bersama Jurutera Perunding Ranhill Bersekutu sebelum menyertai Kumpulan Peremba. Dato' Sonny Cheah telah mempelbagaikan bisnesnya ke dalam pembangunan hartanah dan pelbagai portfolio perniagaan dan pengurusan. Dato' Sonny Cheah memegang jawatan pengurusan kanan di syarikat-syarikat tersenarai awam di Malaysia termasuk Landmarks Bhd dan Amalgamated Industrial Steel Bhd. Pada masa tersebut, Dato' Sonny Cheah juga telah dilantik sebagai Konsul Kehormat Namibia di Malaysia dari tahun 1995 hingga 1998 dan juga pernah berkhidmat sebagai Ahli dalam Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) daripada tahun 1995 hingga 1996.

    Pada masa ini, Dato' Sonny Cheah memegang jawatan Presiden Malaysian Overseas Ventures Sdn Bhd. Pada tahun 2007, beliau juga telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Malaysia bagi memantau sektor air dan pembetungan di Malaysia untuk 2 tahun setiap penggal. Sekarang ini beliau sedang berkhidmat untuk penggal yang ke 4 sebagai Pesuruhjaya SPAN.

    Dato' Sonny Cheah telah dikurniakan anugerah pingat DSDK yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Kedah.

 

Encik Nazli Bin Awang Had

  • Encik Nazli bin Awang memperolehi BBA dari Universiti Temple, Philadelphia di Amerika Syarikat  dalam bidang Komputer Sains Maklumat. Sekembalinya ke tanah air, beliau telah bertugas di beberapa institusi dalam tempoh 20 tahun. Beliau juga merupakan Ketua bagi Jabatan Sokongan Teknikal dan Perlaksanaan di Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Dari sana beliau kemudiannya menyertai Embedded Wireless Labs (Malaysia) Sdn Bhd yang memberi tumpuan kepada R & D dalam bidang komunikasi tanpa wayar dan Internet. Salah satu projek utama yang beliau terlibat ialah projek pembangunan platform telekomunikasi tanpa wayar yang berkos efektif untuk pembekalan ke luar bandar dan pedalaman. Beliau telah ditawarkan untuk mengetuai ‘Intel’s World Ahead Programme’ di  Intel Electronics (M) Sdn Bhd, iaitu satu inisiatif untuk menghubungkan pengkomputeran kepada kumpulan yang kurang berkemampuan. Ketika di Intel beliau telah terlibat dalam membentuk aktiviti-aktiviti pengkomputeran untuk dicadangkan kepada Kerajaan Malaysia iaitu sebagai sebahagian daripada Pelan Rangsangan Kebangsaan pada tahun 2008. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Teknikal di Kumpulan Syarikat MSD.