Mendung

27°C

Penang

Mendung
Ahad
Thunderstorms
25°C / 29°C
Isnin
Thunderstorms
26°C / 31°C
Selasa
Thunderstorms
26°C / 31°C

Mengenai Kami

Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai LLB merupakan syarikat konsesi kepada Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth telah diperbadankan pada 17hb. Disember 1996 menjadi sebuah syarikat setelah penswastaan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth. Aktiviti utamanya adalah pembinaan lebuhraya beserta kutipan tol. Perjanjian konsesi diantara Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd dan kerajaan telah ditandatangani pada 28hb. April 1997 dan konsesi adalah selama 30 tahun. Kutipan tol bagi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth telah bermula pada 21hb. Februari 2007.

LLB mempunyai 6 persimpangan yang memudahkan dan mempercepatkan penyuraian kesesakan trafik di dalam kawasan bandar Butterworth. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth ini meliputi sejauh 18.925 km termasuk 5.0 km Butterworth-Kulim Hoghway sediaada. LLB mempunyai tiga (3) Plaza Tol dua-hala iaitu Plaza Tol Prai (TP1), Plaza Tol Bagan Ajam (TP2) dan Plaza Sg. Nyior (TP3). LLB juga menyediakan penanda kilometer di bahagian tengah  pembahagi jalan bagi kemudahan rujukan lokasi kepada pengguna lebuhraya jika berlaku kerosakan atau kecemasan.

LLB juga sebagai jalan lingkaran bagi bandar Butterworth dimana ianya menghubungkan antara dua pelabuhan iaitu Dermaga Air Dalam dan Pengkalan Kontena Butterworth Utara. Dimana ianya juga mengurangkan kesesakan trafik diantara kawasan bandar dan kenderaan komersial dari kawasan pelabuhan tersebut. Maka ini telah memberi kemudahan kepada aktiviti ekonomi untuk pembangunan masa hadapan bandar Butterworth dan memtransformasikan lanskap Butterworth dari sunyi kepada meriah.

LLB telah membawa bandar Butterworth lebih dekat kepada anda, dimana ianya memudahkan anda untuk keluar masuk dengan lebih cepat untuk ke destinasi seperti pusat bandar, pusat perniagaan dan pusat kewangan di sekitar bandar Butterworth.

Nikmati perjalanan anda dengan LLB. Laluan selesa untuk ke destinasi anda.