Mendung

27°C

Penang

Mendung
Ahad
Thunderstorms
25°C / 29°C
Isnin
Thunderstorms
26°C / 31°C
Selasa
Thunderstorms
26°C / 31°C

Perkhidmatan

Pasukan Ronda LLB

Pasukan Ronda LLB adalah pasukan bantuan 24 jam yang telah disediakan oleh LLB untuk membantu para pengguna lebuhraya di dalam apa jua kesulitan di sepanjang lebuh raya seperti kemalangan, kerosakan kenderaan dan sebarang kes kecemasan.

Perkhidmatan oleh pasukan Ronda LLB ini adalah percuma dan anda tidak perlu bimbang jika terdapat sebarang masalah kerana pasukan ini sentiasa bersedia untuk membantu. Mereka ini boleh dihubungi pada sepanjang masa di talian bantuan LLB : 04- 329 9999.


Kawasan Rawat & Rehat LLB (R&R

    

Kawasan Rawat & Rehat LLB ini menyediakan pakej yang cukup untuk pengguna lebuhraya kerana ianya adalah sebagai pusat sehenti lebuhraya. Dimana ianya menawarkan pelbagai kemudahan seperti  restoran makanan segera, gerai makanan dan minuman, wakaf, dan stesen petrol.

Kemudahan awam juga disediakan seperti tandas awam yang bersih, telefon awam, surau dan tempat letak kenderaan yang mencukupi. Dengan lanskap yang indah, R&R yang dibina di Plaza Tol Bagan Ajam ini juga terletak disepanjang Pantai Bersih (satu-satunya pantai yang terdapat di daerah Butterworth).

Hanya LLB satu-satunya lebuhraya yang mempunyai RnR yang mengadap laut di negara ini dimana dari R&R ini, kita boleh melihat Bandar Pulau Pinang pada waktu siang atau malam. Sekarang ini, R&R ini telah menjadi popular di kalangan pengguna lebuhraya, masyarakat tempatan dan pelancong dimana mereka dapat menyaksikan percikan bunga api terutama semasa Hari Kemerdekaan Negara yang dimainkan di Pulau Pinang.

 

Touch 'n Go

  

Kini pengguna lebuhraya boleh membuat "tambah nilai" kad Touch 'n Go di Pusat Jualan di Bangunan Pentadbiran Plaza Tol Bagan Ajam antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat).